Lawatan Ke -->

http://ik.my/1world

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Januari 2012

Anwar Bebas Tuduhan Liwat Saiful

Ehsan Harian Metro Online


Harian Metro: 
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.




DATUK Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri Datin Seri Wan Azizah keluar dari mahkamah 
selepas mendengar keputusan kes pertuduhan meliwat bekas pembantunya, 
Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau dilepaskan dan dibebaskan. Gambar Effendy Rashid (09/01/201)

Dalam pada itu terdapat kekecohan yang berlaku di sana akibat oleh 3 letupan kuat ( Bomb buatan sendiri oleh puak2 yang tak bertanggungjawab.. hemm saperlah agaknya ye) ini telah mengakibatkat 2 mangsa tercedera salah seorang darinya adalah peguam 




PASUKAN Polis Forensik membuat siasatan apabila berlaku letupan ketiga yang mengakibatkan kerosakan sebuah kereta di luar Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta selepas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Osman Adnan (09/01/2012)



Alhamdullilah syukur DSAI telah dibebaskan atas tuduhan liwat yang mana ianya adalah fitnah yang jahat kepada beliau... menurut wartawan si petuduh Siful  tu keluar melalui pintu belakang mahkamah.

Allah lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah..


Thanks HMetro 



Sabtu, 19 Februari 2011

Bunga Telur Eksklusif: ini tahun lepas dekat kawasan rumah mula mual temp...

Bunga Telur Eksklusif: ini tahun lepas dekat kawasan rumah mula mual temp...: "ini tahun lepas dekat kawasan rumah mula mual tempah sastu jer last2 minit nak dua fuhh!!! tapi Alhamdulillah sempat gak siapkan pada masany..."
ini tahun lepas dekat kawasan rumah mula mual tempah sastu jer last2 minit nak dua fuhh!!! tapi Alhamdulillah sempat gak siapkan pada masanya 24 jam tak tidor! sebab kesuntukan masa huhuhu....
terima kasih kpd anak2 saudara dan sepupu sepapat yang membantu.. tak lupa pada mak2 sedara yang membantu thankz all

pandangan dari dalam khemah  haaaa! lawakan ni lah bumbung@lelangit khemah VVIP yang kami buat... susah nak buat ni tapi hasilnya berbaloi.. ramai yang puashati bila tengok hasilnya...

hihih ni plak pelamin dia yang ringkas tapi menarik...



Hah! yang ni plak awal bulan 2 bebaru nih... 2 biji khemah VVIP 1 meja makan beradab dan Khemabh DJ yang ni relax sikit laupun gitu khemah nih kul 4.30 pagi baru siap buat.. tido kejap kul 6.30 bangn subuh tido balik kul 7.20 bagun plak gie kijo huhuhuhu... memenatkan tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar dan bulan 3 ni nanti  tuan rumah tu nak pakej yang sama jugak tapi kaler lain plak huhuh Alhamdulliah syukur sesangat

Selasa, 28 September 2010

Bidaah

Assalamualaikum w.b.t.


Aku cedok nota ini dari satu video youtube Ustaz Rasul Dahari, bacalah dan cuba fahami.. insyaAllah diberi hidayah Nya
Antara perkara yang amat disukai dan dicintai oleh iblis bukanlah maksiat atau jenayah sekalipun yang berupa dosa besar seperti berzina, minum arak, mencuri atau sebagainya tetapi yang paling digemari dan dicintai olehnya ialah perbuatan bidaah terutama yang melibatkan ibadah. Kerana maksiat pelakunya dianggap sebagai asi (pelaku maksiat atau pembuat dosa) yang tidak dianggap sesat selagi ia tidak menghalalkan maksiat tersebut tetapi pelaku bidaah adalah sesat hukumnya menurut syara. Fahamilah athar sahih yang mengkhabarkan tentang kegemaran dan kecintaan Iblis dan Syaitan sebagaimana di bawah ini:



اَلْبِدْعَةُ اَحَبَّ اِلَى اِبْلِيْسِ مِنَ الْمَعْصِيَةِ ، اَلْمَعْصِيَةُ يُتَابُ مِنْهَا وَالْبِدْعَةُ لاَ يُتَابُ مِنْهَا.




"Bidaah itu lebih digemari (dicintai) oleh iblis daripada maksiat kerana (pelaku) maksiat masih ada harapan untuk bertaubat dari maksiatnya. Adapun pelaku bidaah pula tidak dapat diharapkan untuk bertaubat". (Dikeluarkan oleh Al-Lalikaii dalam Syarah Usul Itiqad Ahli Sunnah. 1/132. Ibn Ja'd dalam Musnad. No 1885. Abu Naim dalam Hilyatul Auliya 7/26. Lihat: Majmu al-Fatawa 11/472. Dikeluarkan oleh al-Lalikaii dalam شرح اعتقاد اهل السنة 1l132. Ibnul Jauzi dalam تلبيس ابليس. Hlm. 13. Al-Baghawi dalam شرح السنة 1/216.)






Fadhilatus Syeikh Soleh bin Fauzan hafizahullah apabila ditanya: Yang mana satu yang keras siksaannya, adakah pembuat maksiat atau pembuat bidaah? Beliau menjawab: Pembuat bidaah lebih keras azabnya kerana pembuat bidaah lebih buruk dari pembuat maksiat. Bidaah lebih dicintai oleh syaitan dari maksiat kerana pembuat maksiat sentiasa mengharapkan taubat. Adapun pembuat bidaah amat sedikit sekali yang mahu bertaubat kerana mereka menyangka bahawa amalan mereka itu benar, berbeza dengan pembuat maksiat, mereka tahu bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah maksiat. Pembuat bidaah juga menyangka sesungguhnya dia sedang mentaati Allah dan di atas keataatan, oleh itu jadilah bidaah itu lebih buruk dari maksiat. Maka para ulama Salaf melarang dari bermajlis dengan orang-orang bidaah kerana majlis mereka akan memberi kesan yang membahayakan. (Lihat: الأجوبة المفيدة عن أسئلة المناهج الجديدة hlm. 7. Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan. Daarul Salaf.)


Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam telah memperingatkan orang-orang yang beriman semasa baginda berkhutbah pada Haji Wada bahawa Iblis dan Syaitan sentiasa berusaha agar umat ini melakukan kesyirikan melalui jalan bidaah yang digemarinya. Baginda sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:


Setelah syaitan berputus asa untuk disembah di negerimu tetapi ia rela dengan ditaati dalam hal selain itu iaitu sesuatu (diganti dengan bidaah) yang kamu anggap remeh, maka waspadalah! Sesungguhnya aku telah meninggalkan sesuatu yang apabila kamu berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya. (Hadis Sahih. Dikeluarkan oleh Hakim dalam Mustadrak. 318.)


Syeikh al-Qatari rahimahullah melarang berbuat bidaah: "Sesungguhnya kebaikan keseluruhannya hanya dengan cara mengikuti (ittiba' atau taat mengikut/mencontohi syara) dan sesungguhnya keburukan keseluruhannya terdapat pada yang bidaah". (Lihat: الفروق 4/205. للقرافى )


"Dari Ibn Mas'oud radiallahu anhu beliau berkata: Ittiba'lah (patuh dan ikutlah kepada syara) dan janganlah kamu melakukan bidaah, maka sudah memadai (sunnah Nabi kamu) dan setiap yang bidaah itu sesat". (H/R Abu Khuthaimah dalam "Al-Ilm" No 54. dari jalan Ibrahim bin Nakh'i. Sanadnya sahih. Lihat: علم اصول البدع Ali Hasan. Hlm. 20. Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan berkata al-Haithami dalam Majma az-Zawaid 1/181 Cetakan Kedua, perawinya sahih. Dan diriwayatkan oleh ad-Darimi pada muqadimah bab Kakahiyah al-Akhzu Birakyi dengan sanad yang sahih.)



Berkata pula Imam as-San'ani rahimahullah: "Tidak akan terdapat dalam bidaah itu apa yang baik (terpuji) sebaliknya semua bidaah itu pasti menyesatkan". (Lihat: سبل السلام. Jld. 2. Hlm. 12. As-San'ani.)



Berkata Abu Aiyub as-Sakhtiani rahimahullah: Tidaklah bertambah kesungguh-sungguhan pada pembuat bidaah kecuali semakin bertambah jauhnya dari Allah. (Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 18. الامر بالاتباع. Hlm. 81. As-Suyuti. Hilyatul Auliya. 9/3.)

Selasa, 4 Mei 2010

Perkembangan terbaru dari blog irdakraft.blogspot.com

Salam terindah buat semua yang masih melawati blog ini, panas, letih.. panas ... boring tapi memang cuaca kebelakangan ini teramas panas sampai nak tarik nafas pun tak puas rasanya... apapun saya baru pulang dari kampung Penang ziarah sanak saudara di sana.. cuaca kat sanapun panas jugak..

Perkembangan terbaru blog ni.. sebenarnya dah tersedia 2 pesanan yang mana kedua-dua pelangan amat berpuasa hati dengan kerja kami ini.. walaupun hanya buat hiasan untuk bilik pengantin sahaja namun terpancar raut kepuasan pada wajah tuan rumah yang menempah hiasan bilik itu dengan kami..





Nak ambil posisi lain tapi bilik ni sempit tak leh nak ambil kat arah lain.. bilik ni kami ambil upah untuk buat hiasannya sebanyak RM300.00 sahaja.. harga yang berpatutan dan tak membebankan..




Okeylah sekian sahaja buat masa ni.. insyallah lain kali dalam masa terdekatni akan ada 3 tempahan lagi khemah VIP set  dan set bilik... harap sesiapa yang rasa2 nak bertanya apa2 soalan postlah komen atau call ker.. sms ker... yer 013-9529215

Sabtu, 6 Mac 2010

Bunga Telor Special

Haaaa tu diaa, siapa-siapa yang berminat nak tanya pasal produk dan nak buat tempahan sila laa email pertanyan dan tempahan anda pada email jai73@live.com